PERBEZAAN ANTARA LATIHAN AEROBIK DAN LATIHAN ANAEROBIK
Terdapat dua jenis latihan utama iaitu:
- Latihan anaerobik
- Latihan aerobik
ANAEROBIK bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan
oksigen dalamproses penghasilan tenaga. Latihan anaerobik merupakan latihan berintensiti tinggi
dalam tempoh masa yang singkat yang menyebabkan berlakunya metabolisma
anaerobik.Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang
melibatkantempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan
oksigenbagi menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang
digunakanuntuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu
sistem ATP-PC dan Glikolisis.
Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti :
- Larian
100m
- Bola keranjang
- Angkat berat
- Berenang 100m
untuk meningkatkan kekuatan,kelajuan dan kuasa serta saiz
otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan tersebut.
Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan
anaerobik seseorang atlet adalah:
- Latihan bebanan
- Latihan plyometrik
- Latihan
isometric
- Circuit training
Latihan bebanan boleh digunakan untukmeningkatkan
kekuatan otot dan kelajuan. Peningkatan keupayaan anaerobikadalah penting bagi seseorang
atlet kerana kebanyakan pergerakan dalamsukan merupakan pergerakan yang
“explosive” serta akan melibatkan kedua-dua komponen ini (kekuatan + kelajuan).
Manakala AEROBIK pula membawa maksud
aktiviti yangmemerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti.
Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti
yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Latihan
jenis ini melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam
badan(oxygen consumption). Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh
badanuntuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism. Metabolism bagi
latihan aerobic melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam
prosespenghasilan tenaga. Metabolisma aerobic adalah oxidative phosphorylation seperti
Kitar Krebs dan Electron Transport Chain.
Terdapat banyak jenis latihanyang dapat digunakan untuk meningkatkan
keupayaan aerobik seseorang atlet seperti latihan :
- Fartlek
- Latihan interval
- Larian
- Berenang
- Aerobic
- Berbasikal
- Mendayung
Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan
kardiovaskular seseorang atlet. Continuous training merupakan contoh latihan
yang kerapdigunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic. Program latihan
secaracontinuous training yang biasa digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic
haruslah berasakan konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity, T-Type, T-Time).
Perbezaan antara latihan aerobik dan anaerobik
Comments
Post a Comment